CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 27, 2008

PINJAMAN PERNIAGAAN

Dibawah adalah antara kemudahan pinjaman yang di tawarkan oleh agensi kerajaan dan bank tempatan:

SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

Pembiayaan TEKUN

Konsep Pembiayaan Islam
Konsep pembiayaan adalah berdasarkan Pembiayaan Qardhul Hasan.

Jumlah Pembiayaan
Jumlah pembiayaan adalah dari RM 500.00 sehingga RM 50,000.00.

Tempoh Bayaran Balik
Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah antara 6 bulan hingga 5 tahun.

Cara Bayaran Balik
Para usahawan / peminjam boleh membuat bayaran balik
pinjaman kepada TEKUN setiap minggu atau secara bulanan bergantung kepada kesesuaian dan kemampuan mereka.

Caj Perkhidmatan
Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak 4%.


Syarat asas
  1. Bumiputera dan berumur 18 - 65 tahun.
  2. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan yang sah ( Pembiayaan di bawah RM5,000.00 tidak perlu mengemukakan daftar perniagaan, kecuali mereka yang berniaga di kawasan PBT yang memerlukan lesen permit ).
  3. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus.
  4. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan ( Pembiayaan di bawah RM5,000.00 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan ).
  5. Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 50,000.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Borang Permohonan JPP2 yang lengkap diisi.
  2. Gambar pemohon ukuran pasport ( 2 keping).
  3. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan.
  4. Salinan lesen / permit / pendaftaran perniagaan yang sah.
  5. Gambar premis / tempat perniagaan ( jika perlu ).
  6. Salinan buku simpanan / penyata bank ( jika perlu ).
  7. Salinan buku simpanan / penyata bank ( jika perlu ).
  8. Salinan salah satu bil utiliti bagi premis/ rumah. Salinan perjanjian sewa/ surat kebenaran penyewaan premis ( Sekiranya premis disewa )..

BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIKEMUKAKAN KEPADA PEJABAT CAWANGAN TEKUN YANG BERDEKATAN DENGAN KEDIAMAN / PREMIS / LOKASI PERNIAGAAN.

Bidang-bidang Perniagaan

Bidang-bidang perniagaan / usaha niaga yang boleh diceburi oleh para usahawan adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan
  • Pelancongan / Rekreasi
  • Pemborongan
  • Pembinaan
  • Penternakan dan Akuakultur
  • Pertanian
  • Pengangkutan
  • Pendidikan
  • Peruncitan & Perdagangan
  • Pembuatan

1 comments:

IKMAL HIJAZ TRADING said...

kat mana nak dapat borang jpp2