Dibawah adalah antara kemudahan pinjaman yang di tawarkan oleh agensi kerajaan dan bank tempatan:
SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN |
|
Pembiayaan TEKUN |
Konsep Pembiayaan Islam Konsep pembiayaan adalah berdasarkan Pembiayaan Qardhul Hasan. Jumlah Pembiayaan Jumlah pembiayaan adalah dari RM 500.00 sehingga RM 50,000.00. Tempoh Bayaran Balik Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah antara 6 bulan hingga 5 tahun. Cara Bayaran Balik Para usahawan / peminjam boleh membuat bayaran balik pinjaman kepada TEKUN setiap minggu atau secara bulanan bergantung kepada kesesuaian dan kemampuan mereka. Caj Perkhidmatan Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak 4%.
|
Syarat asas
|
-
Bumiputera dan berumur 18 - 65 tahun. -
Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan yang sah ( Pembiayaan di bawah RM5,000.00 tidak perlu mengemukakan daftar perniagaan, kecuali mereka yang berniaga di kawasan PBT yang memerlukan lesen permit ). -
Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus. -
Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan ( Pembiayaan di bawah RM5,000.00 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan ). -
Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 50,000. |
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
|
-
Borang Permohonan JPP2 yang lengkap diisi. -
Gambar pemohon ukuran pasport ( 2 keping). - Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan.
- Salinan lesen / permit / pendaftaran perniagaan yang sah.
- Gambar premis / tempat perniagaan ( jika perlu ).
- Salinan buku simpanan / penyata bank ( jika perlu ).
- Salinan buku simpanan / penyata bank ( jika perlu ).
- Salinan salah satu bil utiliti bagi premis/ rumah. Salinan perjanjian sewa/ surat kebenaran penyewaan premis ( Sekiranya premis disewa )..
BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIKEMUKAKAN KEPADA PEJABAT CAWANGAN TEKUN YANG BERDEKATAN DENGAN KEDIAMAN / PREMIS / LOKASI PERNIAGAAN. |
Bidang-bidang Perniagaan |
Bidang-bidang perniagaan / usaha niaga yang boleh diceburi oleh para usahawan adalah seperti berikut : - Perkhidmatan
- Pelancongan / Rekreasi
- Pemborongan
- Pembinaan
- Penternakan dan Akuakultur
- Pertanian
- Pengangkutan
- Pendidikan
- Peruncitan & Perdagangan
- Pembuatan
|
1 comments:
kat mana nak dapat borang jpp2
Post a Comment